• Assalamualaikum  readingThanks for the visit . :)

Pendidikan Agama Islam - Sirah.
15 April 2014 @ 8:48 pm
السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah.Alhamdulilah.Alhamdulillah.

Saya mulakan coretan perkongsian ini dengan lafaz
Bismillahirahmanirahim,

Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Hari ini adalah hari pertama diri ini mencoretkan sesuatu dilaman ini, yang saya harapkan adalah redha daripada Allah dan keberkatan dari-Nya atas apa yang telah diri ini niatkan dari penulisan blog ini.
Kami diberikan kesempatan untuk menulis dan menyampaikan dakwah melalui laman ini, atau dikenali sebagai blogger. 


Dakwah pada asalnya bukan bicara lisan semata-mata, tetapi ia adalah satu gerak kerja yang tersusun hasil dari tuntutan yang telah ditujukan kepada orang-orang beriman untuk melaksanakannya dalam menyeru manusia supaya menyembah akan Allah dan mentaati segala suruhan atau menjauhi laranganNya.


Terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan ahli kumpulah kami iaitu seramai tiga orang. Antaranya ialah saya sendiri, Nur Dini Bt Othman, Nurina Izzati Bt Noor Azman dan Batrisyia Qysara Bt Saifulazri. Tujuan saya mewujudkan blog ini untuk mengongsikan ilmi yang kami telah pelajari dan atas permintaan ustaz kami iaitu Ustaz Muzakkir Bin Mohammad Noor yang ingin melatih kami supaya tidak kekok ketika memasuki universiti. 


Terima kasih atas sokongan sahabat semua kerana telah memberikan semangat kepada saya untuk menyiapkan blog ini :) 

Sekian, WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.




© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03