• Assalamualaikum  readingThanks for the visit . :)

Pendidikan Agama Islam - Sirah.
30 April 2014 @ 9:40 pm
السلام عليكم ورحمة الله
Awal Memeluk Islam

Allah yang telah mentakdirkan Saidina Uthman untuk menyertai rombongan pertama yang menerima hidayah dan agama Islam. Uthman termasuk salah satu dari tujuh orang yang sentiasa mendampingi dan menyertai perjuangan Rasulullah SAW. 


Dia amat mengenali siapa dan bagaimana Rasulullah SAW pada peringkat awal kerasulan Baginda. Pada suatu hari ketika pulang dari perjalanan dagangnya ke Syam dan ketika rombongan kafilahnya beristirehat di tempat teduh (antara Ma'an dan Azzarqa), Uthman dan kawan-kawannya tertidur. 


Ketika sedang tidur, tiba-tiba ia bermimpi mendengar suara yang menyeru mereka agar bangun kerana orang yang bernama Ahmad telah muncul di kota Makkah. Rupanya telah sampai berita gembira kepada Uthman tentang hadirnya seorang NabiAllah, nabi akhir zaman.


 Mendengar berita itu, apakah Uthman bersikap pasif atau ragu? Ternyata tidak! Sifatnya yang pemalu, kelapangan dadanya dan kemurahan jiwanya mendorong untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Itulah awal keislaman beliau.



Antara sifat peribadi beliau :

  • Taat kepada Allah
  • Takut kepada Allah
  • Pemalu dan Lemah lembut
Ciri ciri sifat peribadi beliau:


Sifatnya Yang Pemalu

Setiap sahabat Nabi SAW memiliki keistimewaan tersendiri, baikdi dalam ucapan mereka mahupun di dalam amal perbuatan mereka. 


Seperti sabda Nabi Muhammad SAW: "Orang yang paling kasih sayang dari umatku ialah Abu Bakar, dan paling teguh dalam memelihara ajaran Allah ialah Umar, dan yang paling bersifat pemalu ialah Uthman."

(HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim, At-Tirmidzi). Sifat pemalu itulah yang mendorong Saidina Uthman menjadi seorang dermawan yang penuh belas kasih, sehingga ketika Rasulullah SAW sedang mempersiapkan pasukan 'Al-'Usrah', seluruh perbelanjaannya ditanggung oleh Saidina Uthman secara bersendirian.

Rasulullah SAW menyambutnya dengan ucapan : "Tidak akan ada sesuatu yang dapat membahayakan Uthman dengan apa yang dia lakukan hari ini. Ya Allah, redhailah Uthman, sesungguhnya aku redha kepadanya." (HR At-Tirmidzi)
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03